Quote of The Day

Quote Of The Day
~Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (Ali-Imran:8)~

Thursday, April 21, 2011

Apakah Benar Perang dah Tamat?

Lirik Malique ft. Rabbani - Perang Dah Tamat

[Tun Dr. Mahathir - Intro]
The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq
Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.

Now it is time for expension...to infinity.

Pembantu Aku

Sekarang ni, bukan senang nak carik pembantu yang boleh membantu tanpa banyak cakap, or banyak songeh. Yang rela membantu dan meng’offer’kan diri untuk membantu terutamanya untuk buat keje keje kat rumah. Memasak, mengemas, menyapu, dan me…me… me…yang lain. Kawan aku sorang tu dok komplen katanya maidnya dia tengah buat hal sekarang, nak balik Indon or else naikkan lagi gaji. Hamboih, bukan main demand lagi. Yang sorang lagi, maid dah lari, asal ambik maid je, maid main chenta ngan pak Indon, berenti…asal amik maid je, maid main tepon. berenti…asal amik maid je, maid kuar gi dating/chit chatting ngan geng geng maid yang lain and tinggalkan anak anak dia unattended kat rumah…berenti…gitula gamaknye cerita pasal maid ni…tak sudah sudah. Ada je cerita tak elok nyer…

Tapi ni aku nak cerita bukanla pasal maid, more to pembantu. Idokle pembantu peribadi…tu dah macam artis.

Well, aku ade seorang pembantu, yang rajin nak bantu aku buat kerja kerja rumah. Dia ni bagus, tidak membantah…suruh kemas, dia kemas, suruh angkat kain, dia angkat kain…malah, kalau nampak aku menyapu sampah, bukan main lagi nak bantu aku sapu sebab tak nak kasi aku penat…Hmmm…pernah aku dengar dia cakap ngan mak aku, jangan kejutkan aku untuk bukak pintu sebab aku penat…tapi time tu aku tak penat pun, saje je tido tido ayam. Memang marveles la pembantu aku sorang ni…baru baru ni, aku balik rumah mak aku kat Gombak, of coursela aku bawak pembantu aku ni sekali. Pagi tu, aku dan mak aku bincang nak masak nasi beriyani dan nak buat bread butter pudding. So off we go to the nearest kedai, nak beli bahan bahanla bagai…and without fail, pembantu aku ni menjalankan tugas tugasnya dengan suka rela dan sepenuh hati…upahnye hanyalah sekotak air.






Inilah yang dikatakan “cheap labour” hehehe…Nuh…Nuh…rajin anak mama…

Friday, April 15, 2011

A Bad Mother, I am

I always believe in karma. What ever good or bad thing that u did to people, u will get the ‘reimbursement’, whether it is as good as heaven or as dreadful as hell. And bear in mind that sorry is not the hardest word to say…tetibe pulak terngiang ngiang gaya zami ismail nyanyi lagu sorry seems to be the hardest words dalam rentak traditional…hahaha…

Well, that is what happened this morning. In the middle of getting ready to work, suddenly hubs said “u drive me to BTS eh..” (Bandar Tasik Selatan) he is off to Kedah today for his cycling event. And me goes ”WTF?! (dalam hati je la..) why so last minute one?” Aarrgghh…tensen di situ. He is a last minute person, always impromptu…and I always told him that he is fail in planning! Dahla nak ke opis tu memang sediakala dari zaman purbakala memang dah jam, nak kena menyimpang ke BTS pulak nak hantar dia, time tu pukul 6.45am. In my bebelan dan hanginan mautku,I asked him to get ready fast and I straightly go to wake my little hero…usually I only wakes him up at 7, to ensure that he got his complete 9 hours of sleep.

Nak bangun tu ya Rabbi…liat bebenor. Ni ikut ayahnyer la nih! He already awake, but pretend to still sleeping. Naughty. I have to carry him to the bathroom, and un-dressed him. Mandi kambing sudahhh… celop celop dah macam coklat nini daaa…time mandi tu pun temperature hangin aku dah naik sikit, tak nak itu la, tak nak ini la…pastu dah mandi, tak nak lap la pulak. Kang sejuk, selsema kang, aku jugakla yang nak kena berjaga kaannn…dah pakai baju seluar semua, nak sikat rambut pulak tak nak…time tu dah pukul 7.30 dah…hancus la…confirm la aku lambat ke opis ni. Aku pun terus marah Nuh, cakap “mama tak de masa nak layan Nuh la…tak nak sikat rambut sudah…mama tak nak kawan Nuh…” time tu aku dengar la dari luar yang Nuh dah melalak dah…Hubs pun cepat cepat naik kereta, sebab dah lambat…

Another WTF from me (dalam hati lagi lah…)minyak E?if E is for enough it is fine for me…but I never find a car with E for enough…hhuuwwaa…. E-M-P-T-Y. Temperature naik lagi di pagi jumaat ni…sabau je la…aku gagah gakla drive dengan jarum minyak di bawah E dan dah terkeluar keluar dari bar dah. Tawakal je la…kalo minyak habis kang, hubs la yang kena tolak. Hahaha…mengadap jam kat sg besi highway tu…hish…ape lagi, aku gunakan tactic selit menyelit. Berbakul jugak kot kena maki ngan other driver. Hahaha…mesti mereka akan cakap..LADY DRIVER…ala…what the heck. Aku dah lambat!

Along the journey, I still can hear the the sound of Nuh crying (in my head)I felt very bad. I spoilt his mood on this fine Friday morning. He must not be happy at school then… I shall deserves whatever I did to Nuh from Allah…I’ll be late to work, caught in a bad jam, no parking space for me at the office…sigh…sabarjelah…I deserves that. Feeling like crying macam meroyan gile but I have to control my macho in front of my hubs.

Right after sent my hubby to the place and after bye bye I luv u all that, I straightly dialed mama and requested to talk to Nuh. The conversation goes like this;
Nuh : kenapa tadi mama tak salam Nuh
Mama : sebab Nuh nangis nangis je…kenapa Nuh nangis?
Nuh : Nuh tak nak sikat rambut
Mama : mane boleh tak sikat rambut, nanti tak handsome, mama pun sikat rambut…mama handsome
Nuh : ala…Nuh tak nak handsome
Mama : oklah…sori ye…sorry..nanti mama belikan Nuh cokelat snickers,ok?
Nuh : nanti Nuh tunggu mama ek, mama beli nuh snickers ek
Mama : ok. I luv u Nuh
Nuh : I luv u mama…
Just after the call ended…hhuuwwaa…menangis maca meroyanhow could me scold a 4 year old boy just becoz he does not want to comb his hair…bodonyer laaa… bodoh nyer pompuan. Huhuhuh T_T

Confirm aku akan dapatkan snickers untuk nuh petang karang…and the miracle is, after u said sorry…the bad feeling is gone, and the journey ahead smooth sailing. No jam. I am early to work. There was a parking lot for me at my regular spot…The power of forgiving and ask for forgiveness. So, janganla berat mulut nak cakap sorry to anything wrong that u have done…must remember, what goes around, comes around…balasan Allah tu, bile bile je tau…I LUV U NUH…

Wednesday, April 13, 2011

Post Takde Motif

Morning peeps…haha…its me again, updating my blog early in the morning. Takde keje?memangla aku tengah takde kerja nak buat ni, bosan kan?! Aku dah lama mengimpikan kerja yang mencabar, yang boleh aku mencurah bakti memerah otak contributing ideas. Hai…rugila belajar tinggi tinggi kalo buat keje ala kadar je, (I am just talking about myself ye, no offence) dan rugi jugala duit mak bapak dan duit aku membayar ptptpu tu just for sit laid back kat office kan…aku ni hari hari la dok buat Sudoku supaya otak aku ni tak jam. Hahaha…macam jam kat nkve hari ni tu…ceh! well, for sure soon aku akan keje macam makcik makcik kat govt. office tu kan, menjahit labuci la, main Farmville la, hahaha…kelakar weii…eeii…taknakla aku jadik macam tu. gile loser je rasanya. cita cita aku untuk jadi corporate/career lady dah lama aku kuburkan, sebabbb…baikla aku concentrate kat pembesaran anak anak aku ni nanti…tengok kat tv, anak anak terabai sebab mak bapak sibuk kerja. Ala, bukan kat tv je, tapi kat dalam surat khabar, masalah remaja semua sebab parents tak anticipate dgn anak anak…semua parents nak anak mereka berjaya kan. So do I… I don’t want them to be like what I am now, but to be better than me, better than their dad…sigh…a tough work I have got here…

Cita cita nak bukak Montessori tu macam agak kabur, sebab nak kena amik sijil children education bagai la…tapi who knows, maybe one fine day nanti tetibe aku terrajin pulak. maybe after attending parents workshop this weekend, aku terus ada semangat berkobar kobar ke…hahaha…

Hish melalut apa ntah aku ni…buang masa korang baca je. Oklah..bye.

Tuesday, April 12, 2011

Nuh El Hakiim

Hell lowwww people. Wahh…dah lama aku tinggalkan blog ni, lately bizi sket. Bukanla bizi macam business woman tu pun, but bizi la ngan keadaan sekeliling. Hihihi…ni bos takde ni, gi seminar 2 hari (yahh hhoo…) bolehla aku berblog sikit.

Hmm…hari ni aku nak cerita pasal hero kecik aku, Nuh. Dia ni, kalo bab suruh baca buku, memang takde maknela. Ultroman je la pagi petang siang malam. Asal Nampak muka aku je, nak tengok ultromen. Ape muka aku ni dah macam raksakse ke?Habis jugakla bateri BB aku dikerjekan dok tengok youtube ultromen je memanjang. Baju ultromen toksah cakapla, nak pakai baju ultromen je sepanjang masa, sampai nak kena basuh hari hari…lepas tu, dengan sesedap rase je cakap baju ultromen Nuh dah buruk. Dah tu kalo pakai belasah tetiap hari, mane la tak lusuh kan?hai…anak…anak…macam tu la…

Dah 3 bulan dah Nuh berpre-school. Progress tu ok gakla, walaupun fee nye mahal (telan guli!), ku gagahkan jugak menanggung sebab aku tengok silibus sekolah ni lain sikit. Yang paling aku minat sebab ade ‘brain-gym’. Korang tau ke brain gym (BG) tu ape?meh sini aku nak kabor…brain gym tu ialah satu system yang mudah, selamat dan merupakan satu gerakan eksesais (exercise…suke suki je eja kan?!) yang secara langsung akan mengaktifkan fungsi fungsi otak. Pergerakan BG ni akan mereleasekan stress yang mana stress ni la yang menghalang pembelajaran kanak-kanak. BG juga akan memperbaiki tahap konsentrasi dan daya ingatan kanak-kanak dan secara tak langsung memperbaiki task-task spesifik yang diberikan ataupun juga yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Budak adeke stress?haa…jangan tak tau, budak-budak pun ade stress tau. Cuba baca di sini…Kids Have Stress Too!!

Kalo nak tahu lebih lanjut pasal brain gym ni, bacalah sendiri kat sini ye…aku tak kuase nak type n nak translatekan panjang-panjang…

oo…berbalik kepada cerita Nuh tadi, yang aku perasan lately dia dah pandai pegang pensel dengan cantiknya. Not a big deal? Eh helloo…kebolehan kanak-kanak memegang pensel tu ade kena mengena dengan keseimbangan otak kanan dan kiri tau. Dengan exercise yang betul, kanak-kanak akan boleh memegang pensel dengan cara yang betul (tanpa tekanan) dan akan menulis dengan cantik…ini semua hasil daripada BG tadi la…exercise tangan…









Nuh juga dah pandai baca Al-fatihah dengan accent pelatnya. Wah…suka nenek dia dengar Nuh baca Al-fatihah. Nuh jugak dah pandai zikir-zikir, baca doa, ade jugak zikir yang Nuh baca yang aku taktau…huhuhu…nak kena la aku search kejap lagi ape yang Nuh dok baca tu. Malu wehhh bila Nuh ajak aku berzikir sama aku melopong je. Azan pun Nuh pandai.

Oo…Nuh juga suka melukis, tuhari dia tunjuk kat aku, dia melukis gambar kapal terbang…ada la rupa kapal terbang jugak sikit sikit. Dan disebabkan keexcitedan ku itu, aku pun suka la nak beli buku lukisan untuk Nuh. Dulu ade beli water colour dengan brush, tapi mane ntah aku letak…sib baikla brand murah. Hahaha…Aku pun ada jugak beli scrabble for Nuh. Scrabble tu pun la…aku suka. Memang maveles la sape yang invented that scrabble. Susun perkataan ikut abjad and ikut warna and ikut pattern. So you will never spell it wrong. Memang permainan terbaik ever la yang pernah aku beli. Ni ha gambar scrabble tu…







Kebolehan semua tu terdidik dari sekolahla…aku memang takda mase la nak ajar itu semua. Lagipun, budak ni…kalu mak bapak yang ajar, tak denye nak dengar..huhuhu…bab tu aku memang frust gak la, ni nak kena cari buku or search internet on how to make your kid listen to what u teach. Sebab dengan parents ni, diorang manja kan, so mengada la…itu yang aku geram tu…

Anyway, itula di antara kelainan tadika Nuh ni dengan tadika yang lain. Aku tau smart reader, kumon, genius aulad tu semuanyer bagus, tapi aku taknakla stresskan budak budak kecil ni dengan homework dan belajar…aku lebih suka kalau ade keseimbangan di antara belajar dan aktiviti lasak kat luar. Siap ade berenangla, bergolekla…hihi…bestnyer…oo…every month akan ade artbook Nuh, nanti aku letak gambar gambar yang Nuh lukis kat sekolah tu ye. Tak bawak pulak gambar tu…

Oklah, ni la dulu pasal Nuh buat masa ni. Nanti aku sambung lagi. Buat ibu bapa yang berminat nak tau ape itu Brain Gym, akan ade workshop untuk parents pasal brain gym ni pada 17 April dan 29 May nanti…u all can contact Tadika Nuri at 03-89255705, cakap dengan Puan Hasanah (principal). Nanti aku akan share ape yang aku belajar kat sana nanti ye. Bye.