Quote of The Day

Quote Of The Day
~Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (Ali-Imran:8)~

Monday, March 21, 2011

Mari berspa!



Tuhari... aku pegi Jari Spa, dengan sape lagi kan kalau bukan dengan partner-in-crime aku, si ctganu. Itu adalah first time kitorang pegi spa, so, of coursela jakun sikit kan. Kitorang masing masing amik cuti hari Isnin (nasib baikla aku dah confirm, kalau tak…tak merasa la aku nak suke suki je cuti) Kitorang car pool untuk menambahkan lagi kebestan bercuti di hari Isnin tu…Kengkonon pagi tu nakla breakfast sama, pekena roti telor banjir +teh tarik terbaik kat mamak…tapi dah sesat barat kat barat daya mana ntah, tak jumpa tempatnyer…memang naik hangin la kan. Jem tak ape tak…tau tau je sesat. Karen Garmin pun tak dapat nak tolong, dia tolong tunjuk sampai Soho KL je…tempat yang dituju tu, agak tak jauh dari Soho KL tu…kalau nak jalan kaki, memang berpeluhla ketiak. So, naik gakla kereta pegi sana. Dahla tempat agak scary, dengan tanda arah yang takde, parking yang ntah hape hape, tempat yang masih lagi under construction…takut pun ada la jugak kan. Macam mana la local authority boleh bagi CF/CCC untuk tempat yang tak siap macam tu. Membahayakan keselamatan betul…

Dah sampai spa tu, kitorang ingat nakla naik hantu kan…tapi tak dapat naik pun sebab perasaan jakun tu masih lagi menebal…excited nak berspa. Aku malasla nak cerita ape kitorang buat kan kat dalam bilik spa tu…ala…biasa la, urut, mandi wap, scrub, mandi susu…hhmmm memang terbaek la…lega rasanya. Last aku urut adalah dalam setahun yang lalu. Tu pun RM50, untuk 30 minit camgitu la…Memang berbaloi la kan berspa tu…mana taknye, RM58 for 2 hours or relaxation and very refreshing. Murah kan?! Kitorang beli kupon tu kat sini, tu pun sebab ade kawan yang referkan…kalo tak, berkaputla kulit kitorang sampai ke hari ni…ceh…macamla aku ni putih sangat kan…

So, nak dijadikan cerita, dengan perasaan betapa bestnyer diurut dan mandi susu, ditambah lagi dengan kawan-kawan opis yang cakap muka aku fresh… sejak dari hari itulah, kitorang ni asyik tercari-cari je mana ada deal yang offer spa yang murah. Kitorang siap beli lagi, bukan sahaja 1, malah 2 lagi kupon RM36 instead of RM168 for a Jacuzzi Spa + Full Body Scrub + Hot Stone Back Massage + Aromatherapy Full Body Massage for 90 MINUTES at Eve de Beaute, The Strand [78% OFF] dan RM58 instead of RM395 for 2.5 HOURS of Essential Facial + DNA Eye & Ampoules + Neck Treatment + Seaweed Mask + Traditional Body Massage + RM30 Cash Voucher at TWO Locations of ZENSE [85% OFF]

Tamak kan? Dua-dua kat milkadeal. Murah seeyyhh…yang satu tu, siap ada facial lagi. Lepas tu, kitorang siap buat appointment, selang 2 bulan. So, kalo ditengokkkan schedulenyer, kira macam every 2 bulan la kami akan pergi servis badan ni. Hhmmm…tak sabar rasanya nak 23 April, for our 2nd appointment. Siap dengan facial. Yelah, we can’t afford yang mahal mahal tu, beratus. So, memadai dengan beli deal deal macam ni. Kalau korang berminat, tengok tengokla deal kat sini dan sini…tapi yang aku beli tu dah over kot…tak pe, ada banyak lagi. Tapi untuk kengkawan yang kat oversea tu, kirim salam je lah ye…

Aku tunggu deal untuk hairdo. Nak colour and buat treatment. Mesti wallah…

1 comment:

Nazimah said...

x sabar nak pegi nak spa & facial. auch!!! :D