Quote of The Day

Quote Of The Day
~Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (Ali-Imran:8)~

Wednesday, January 14, 2015

Anniversary

Baru lepas checkout insta vivy yusof.dia upload pic dia having anniversary breakfast dengan fadzanuar.breakfast okeyyyy...belum brunch,lunch,tea time,dinner and supper annniversary lagi.aku 8 tahun kawin,sekali pun harammmmm tak pernah sambut anniversary.aku tau,bukan laki ku takmo sambut and shower aku dgn great gifts, tapi sebab dia mmg xde duit nak bagi aku semua tu.kesian kat aku and kesian kat dia juga...untung vivy dah dapat syurga dunia.aku punya bila la agaknya...T_T

Thursday, December 18, 2014

Productive Week ke?

Wei...this week and few weeks before memang aku bz sokmo. Ni nak akhir zaman tahun ni, nak close account bagai, nak kena accrue accrue budget la pulak. Budget transfer la pulak...it is a new thing to me. Finance punya kerja. But it is fun, now i know how easy finance works. Nak kira semua pakai excel je. No need calculator.

Since aku jadik project controller ni, my all-time-favourite gadjet is CALCULATOR. Bukan yang scientific punya. Hahahaha... calculator scientific aku tu ntah mane ntah. So pakaila yang jenis kedai runcit punya, cap Casio. To play and work with numbers ni, memang kena betul betul alert and tau what that numbers are for and where its come from. Kalo tak, memang hancus lebus la budget ko, pastu project leader ko ngamuk duit takde nak buat project. So now aku tengah jaga dua project, yang baru nak kick-off. Harap aku boleh manage the project cash flow and project progress and pehtu bolehla close gap. Need to learn as much as possible. Senangla aku nak pegi cawangan lain nanti. Hewhewhew...

Berbalik balik pada topik hari ini, aku rasa memang seronok buat kerja yang ada impact dan jadi focal person untuk project. Haaaa kauuu....dulu masa kat department lama, bila buat non-technical job scope, mula mula memang rasa macam loser gila sebab takde orang recognize department aku. Tapi lepas aku buat kerja yang agak kebabom, ada significant impact, Head of that particular department memang asal jumpa aku je, dok sokmo thanking me and kata how much that i already helped her. Serius aku rasa appreciated dowwwhhh... and i hope for the bzness yang aku lalui this week and few weeks back, aku harap GM aku akan ingat sampaila ke PPA cycle tahun depan. Hahaha...mesti nak kira kerja kerja tu dalam PPA ok,,,,company berkira dengan aku, so aku pun kenalah berkira dengan company.

Pagi ni aku rilex sikit walaupun ada lagi kerja yang tak setel. Tu simpan untuk petang nanti. Sikit je lagi, tak banyak dah...Lepas tu karang, aku nak belajar what the hell about pneumatic and hydraulic system untuk project aku yang akan datang ni. Aku bukanla mechanical engineer, aku tau buat rumah je, buat bangunan, buat jalan...so, bila buat kerja pasal robotic and other stuff yang takda kena mengena dengan civil engineering, aku lost laaaa...Lagipun, dah bertahun lamanya aku tinggalkan kejutureraan bangunan/awam tu...dah delete pon dari kotak pikiran.

Pheewww... Its time for me to learn new things and to equip myself with all the mechanical stuff. Takdelah nanti aku nganga dan bolehla aku join the conversation dengan engineer engineer pipeline semua.

Chow.

Saturday, December 13, 2014

Tuesday, December 9, 2014

Roti telur bawang

Salamat pagi uolssss....
Ni aku dalam perjalanan ke opisku yang terchenta *cricket sound* as usual aku la muka muka masuk opis lambat.Tu la,duduk jauh perusuk Serdang.Pegi keje pulak nak kena amik bas rapid yg slow gila, komuter yg selalu pack macam sardin cap cili dan lrt rapid ke klcc yang sejuk hingga ke tulang sum sum. Nak beli rumah area KL, gaji aku pulak tak cukup. hai....untungla orang yang laki bini keje,boleh menyimpan sana sini sikit.Aku ni,kais pagi makan pagi dan tenghari...Cuti sekolah ni tak de lagi plan untuk Nuh kesayangan aku tu.Kesian dia dok rumah layan ipad je hari hari. Nak ke mana mana pun,need pulussss....how la like this? Mungkin nak kena buat jual jual or berniaga something kot.Tapi nak meniaga apa?

Holler homosapienssssss....

Assalamualaikum....Salam sejahtera.Kepada anda semua moga bahagiaaa....
Gile bertahunsss aku tak hapdet blog.Now nak back on track.Saja mengisi masa lapang. Hidup lagi blog aku ni. Takde ape nak cakap just now tengah enjoying time together dengan Nuh.Stay up late sebab he is on school holiday and aku pulak sebab nak kemas rumah....konon la...

Okla,sambung esok.Aku nakgi kemas rumah....konon laaaa.....

Monday, June 6, 2011

Kenapa Mesti Begini

Semalam aku baca pasal orang samakan taraf isteri sebagai pelacur, hari ni pula aku baca pasal kes dera anak yang tak pernah berakhir. Ei...manusia ni tau tak yang anak tu adalah anugerah Allah yang paling indah, amanah yang Allah bagi untuk kita jaga sebaik mungkin, sepenuh hati dan perlu penuh dengan kasih sayang. Tapi apa yang aku baca saban hari kat suratkhabar, sangatla mendukacitakan. Bukan sahaja dukacita, tapi...sedih la. Sampai tak tergambar dengan perkataan perasaan aku ni. Sedih sangat.

Apa yang dia dapat kalau dera budak macam tu, budak tu 4 tahun pun...apa sangat yang dia tahu. Si ibu pulak, sampai hati, tergamak dia biarkan BOIFREN (not even a fiance) untuk mendera anak dia yang dia kandung 9 bulan tu...dia takde perasaan ke?kenapa manusia ni begitu kejam?Apa yang ada dalam kotak fikiran dia sampai dia berkelakuan lebih teruk dari binatang?

Kalau dengan alasan budak tu nakal nak mati, sila lah tengok diri sendiri. Ibu bapa yang akan membentuk seseorang anak tu, kalau anak tu tak boleh dibentuk, nakal, jahat, degil dll, tu semua berpunca dari salah didikan kita sebagai ibu bapa. Mungkin kita tak perasan, apa yang kita buat sehari hari tu akan tersemat baeekkk punya dalam fikiran anak anak kita. Jadi, salahkan diri sendiri kalau anak tu tak menjadi seperti apa yang kita inginkan. Jangan hukum anak tu dengan mendera membabi buta.

Hai...Allah saja la yang akan balas setiap perlakuan jahat mereka mereka itu...walaupun sebesar biji sawi pun, pasti Allah akan balas.



Artikel dipetik dari Metro online, 6 Jun 2011.


BUTTERWORTH: Jeritan dan tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sejak beberapa bulan lalu membongkar rahsia dia dipercayai mangsa dera teman lelaki ibunya.

Kanak-kanak berkenaan dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya berusia 40-an, selepas ibu tunggal berusia 22 tahun itu bercerai dengan pasangannya berusia 25 tahun, beberapa tahun lalu.

Kejadian dera itu berlaku di rumah sewa wanita terbabit di Taman Mesra, Bagan Lallang, dekat sini, yang dipercayai kerap dikunjungi teman lelakinya, sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, kejadian itu mula terbongkar apabila seorang jiran wanita terbabit ternampak teman lelaki ibu tunggal terbabit menarik telinga mangsa masuk ke dalam sebuah kereta, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Menurut sumber, jiran wanita itu yang mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku bertindak menghubungi peronda sukarela sebelum menghubungi polis.

Berikutan itu, sepasukan polis bergegas ke kawasan perumahan berkenaan dan menyoal siasat wanita terbabit dan teman lelakinya.

“Wanita terbabit mendakwa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu anaknya dengan bekas suami yang bekerja di pasar raya.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati ada kecederaan termasuk kesan rotan dipercayai didera pada telinga, mata, badan, tangan serta kaki mangsa,” katanya.

Susulan itu, wanita terbabit dan teman lelakinya ditahan, manakala mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan penahanan pasangan terbabit bagi membantu siasatan.

- End -






fikir-fikirkanlah...

WTF!

Berita dipetik dari laman Utusan Malaysia online.

Penggunaan istilah pelacur keterlaluan – Nooh Gadut
KUALA LUMPUR 5 Jun - Penggunaan istilah ‘pelacur kelas pertama’ oleh Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr. Rohaya Mohamed untuk menggambarkan layanan yang harus diberikan isteri untuk mengelak suami terjebak dengan kegiatan tidak sihat adalah keterlaluan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, ini kerana perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan seks, tetapi turut diiringi beberapa perkara lain.

“Perkahwinan juga berlandaskan kasih sayang, untuk mendapatkan zuriat serta mencari ketenangan jiwa. Perkahwinan adalah satu ibadat dan perlu faham matlamatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ‘peringatan’ Rohaya yang meminta isteri supaya patuh dan memberi layanan kepada suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ supaya suami mereka tidak beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan seks.

Difahamkan, kelab yang mempunyai 800 ahli di negara ini ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan kerana membawa ajaran sesat.

Menurut Nooh, suami yang mempunyai hubungan sulit dan mencari hiburan di luar bukan disebabkan oleh dorongan seks semata-mata.

- End -

Hai...orang sekarang ni bercakap dah tak pakai akal ke?sanggup ke kau-Dr.Rohaya Mohamad menyamakan diri kau dengan pelacur?tak kisahla kelas apa sekalipun...jijik betul perbandingan kau ye Dr.Rohaya...ntah ntah, title Dr. tu pun main letak je kot...sebab setahu aku, orang yang berstatuskan Dr. ni mempunyai tahap pemikiran dan rasional yang tinggi.

One more thing...kelab isteri taat?WHAT THE HELL?nak kena masuk kelab ke baru boleh diklasifikasikan sebagai isteri taat...hai...ape nak jadi la...