Quote of The Day

Quote Of The Day
~Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (Ali-Imran:8)~

Monday, June 6, 2011

WTF!

Berita dipetik dari laman Utusan Malaysia online.

Penggunaan istilah pelacur keterlaluan – Nooh Gadut
KUALA LUMPUR 5 Jun - Penggunaan istilah ‘pelacur kelas pertama’ oleh Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr. Rohaya Mohamed untuk menggambarkan layanan yang harus diberikan isteri untuk mengelak suami terjebak dengan kegiatan tidak sihat adalah keterlaluan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, ini kerana perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan seks, tetapi turut diiringi beberapa perkara lain.

“Perkahwinan juga berlandaskan kasih sayang, untuk mendapatkan zuriat serta mencari ketenangan jiwa. Perkahwinan adalah satu ibadat dan perlu faham matlamatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ‘peringatan’ Rohaya yang meminta isteri supaya patuh dan memberi layanan kepada suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ supaya suami mereka tidak beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan seks.

Difahamkan, kelab yang mempunyai 800 ahli di negara ini ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan kerana membawa ajaran sesat.

Menurut Nooh, suami yang mempunyai hubungan sulit dan mencari hiburan di luar bukan disebabkan oleh dorongan seks semata-mata.

- End -

Hai...orang sekarang ni bercakap dah tak pakai akal ke?sanggup ke kau-Dr.Rohaya Mohamad menyamakan diri kau dengan pelacur?tak kisahla kelas apa sekalipun...jijik betul perbandingan kau ye Dr.Rohaya...ntah ntah, title Dr. tu pun main letak je kot...sebab setahu aku, orang yang berstatuskan Dr. ni mempunyai tahap pemikiran dan rasional yang tinggi.

One more thing...kelab isteri taat?WHAT THE HELL?nak kena masuk kelab ke baru boleh diklasifikasikan sebagai isteri taat...hai...ape nak jadi la...

No comments: