Semalam aku baca pasal orang samakan taraf isteri sebagai pelacur, hari ni pula aku baca pasal kes dera anak yang tak pernah berakhir. Ei...manusia ni tau tak yang anak tu adalah anugerah Allah yang paling indah, amanah yang Allah bagi untuk kita jaga sebaik mungkin, sepenuh hati dan perlu penuh dengan kasih sayang. Tapi apa yang aku baca saban hari kat suratkhabar, sangatla mendukacitakan. Bukan sahaja dukacita, tapi...sedih la. Sampai tak tergambar dengan perkataan perasaan aku ni. Sedih sangat.
Apa yang dia dapat kalau dera budak macam tu, budak tu 4 tahun pun...apa sangat yang dia tahu. Si ibu pulak, sampai hati, tergamak dia biarkan BOIFREN (not even a fiance) untuk mendera anak dia yang dia kandung 9 bulan tu...dia takde perasaan ke?kenapa manusia ni begitu kejam?Apa yang ada dalam kotak fikiran dia sampai dia berkelakuan lebih teruk dari binatang?
Kalau dengan alasan budak tu nakal nak mati, sila lah tengok diri sendiri. Ibu bapa yang akan membentuk seseorang anak tu, kalau anak tu tak boleh dibentuk, nakal, jahat, degil dll, tu semua berpunca dari salah didikan kita sebagai ibu bapa. Mungkin kita tak perasan, apa yang kita buat sehari hari tu akan tersemat baeekkk punya dalam fikiran anak anak kita. Jadi, salahkan diri sendiri kalau anak tu tak menjadi seperti apa yang kita inginkan. Jangan hukum anak tu dengan mendera membabi buta.
Hai...Allah saja la yang akan balas setiap perlakuan jahat mereka mereka itu...walaupun sebesar biji sawi pun, pasti Allah akan balas.
Artikel dipetik dari Metro online, 6 Jun 2011.
BUTTERWORTH: Jeritan dan tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sejak beberapa bulan lalu membongkar rahsia dia dipercayai mangsa dera teman lelaki ibunya.
Kanak-kanak berkenaan dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya berusia 40-an, selepas ibu tunggal berusia 22 tahun itu bercerai dengan pasangannya berusia 25 tahun, beberapa tahun lalu.
Kejadian dera itu berlaku di rumah sewa wanita terbabit di Taman Mesra, Bagan Lallang, dekat sini, yang dipercayai kerap dikunjungi teman lelakinya, sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, kejadian itu mula terbongkar apabila seorang jiran wanita terbabit ternampak teman lelaki ibu tunggal terbabit menarik telinga mangsa masuk ke dalam sebuah kereta, kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Menurut sumber, jiran wanita itu yang mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku bertindak menghubungi peronda sukarela sebelum menghubungi polis.
Berikutan itu, sepasukan polis bergegas ke kawasan perumahan berkenaan dan menyoal siasat wanita terbabit dan teman lelakinya.
“Wanita terbabit mendakwa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu anaknya dengan bekas suami yang bekerja di pasar raya.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati ada kecederaan termasuk kesan rotan dipercayai didera pada telinga, mata, badan, tangan serta kaki mangsa,” katanya.
Susulan itu, wanita terbabit dan teman lelakinya ditahan, manakala mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias mengesahkan penahanan pasangan terbabit bagi membantu siasatan.
- End -
fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment