Quote of The Day

Quote Of The Day
~Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (Ali-Imran:8)~

Thursday, August 12, 2010

: Sharing Is Caring :

Good things is to be shared, especially pertaining to children.

1.
Susu lembu amat mudarat bagi anak selepas 3 tahun
:o Nuh likes susu lembu with oats

2.
Coklat merosakkan selaput sel sel - punca banyak keuzuran
I always reward Nuh with coklat. Bad mummy!

3.
Origami amat penting, ia membina daya intelek dan kreativiti

4.
Vitamin C, B-kompleks, minyak ikan, lecithin, zat galian & EPO genting untuk anak

5.
Ajarlah anak mind-maps dari kecil lagi agar terbina mental syumul

6.
Ibu yang uzur dan letih adalah punca anak yang bermasalah
Kenalah aku stock-up supplements

7.
Gunakan warna merah untuk menulis perkataan untuk anak anak kecil

8.
Berenang meningkatkan kesihatan dan kemampuan mental anak

9.
Gimnastik amat penting bagi meningkatkan daya integrasi anak

10.
Anak yang bercakap dengan suara yang nyaring mempunyai masalah laterality

11.
Usia 3 tahun pertama adalah landasan terpenting dalam pendidikan anak
Nuh now is 3, have to starts before it is too late!

Hmm...ada banyak lagi ilmu dalam buku yang i tengah baca nih. Nanti I akan share dengan u olls.

Bersambung...

3 comments:

cik puan elta said...

tp bgaimana dgn dark choc ye doktorrrr?

jajabinxdotcom said...

cik puan elta, apa yang I baca, coklat yang diproses adalah kurang elok untuk dimakan, sebab telah dicampur dengan pelbagai jenis bahan lain untuk menyedapkan lagi coklat tersebut. (jadi untuk artikel di atas, pengarang buku tersebut lebih merujuk kepada coklat yang biasa berada di pasaran seperti cloud 9, cadbury, etc...yang selalu diberikan oleh parents kepada anak anak)

Yang terbaik ialah yang mengandungi kandungan koko yang tinggi, paling disyorkan ialah bittersweet chocolate yang mengandungi kandungan koko sehingga 85%. Yang harus dielakkan ialah white chocolate sebab mengandungi mentega koko dan bukannya pepejal koko, serta mempunyai kandungan gula, susu, emulsifier, bla...bla...

Kesimpulannya ialah coklat yang mengandungi kandungan koko yang tinggi dan kandungan bahan lain yang rendah adalah yang terbaaeekkk...

cik puan elta said...

iye pn doktorrr, klu statement yg dlm para 1 & 2 yg telah dihuraikan dgn baek & jelas tu i stuju..

ramai yang menganggap coklat adalah makanan yang tidak menyihatkan dan menggemukkan tetapi tanggapan ini perlu diperbetulkan kerana coklat mengandungi pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita.

Coklat mengandungi anti-oksida iaitu dikenali sebagai flavonoids. Anti-oksida diperlukan oleh badan kita untuk melindungi badan kita daripada penuaan yang cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok yang boleh merosakkan sel kita di samping boleh meningkatkan penyakit barah.

Coklat gelap mengandungi lapan kali kandungan anti-oksida berbanding kandungan anti-oksida strawberi. Flavanoids juga mampu untuk melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon.

Selain itu coklat mengandungi phenylethylamine yang dapat mententeramkan emosi dan jiwa terutama ketika kita dilanda kemurungan dan kerisauan maka coklat adalah pilihan terbaik untuk melegakan kekusutan.

Lemak koko yang digunakan untuk membuat coklat memang baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi asid oleik yang dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam darah.

Karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.

Begitupun coklat yang dijual pasaran atau makanan yang diperbuat daripada coklat mengandungi gula, susu dan bahan-bahan sampingan lain membuatkan ia terlalu manis.

Justeru, adalah dinasihatkan untuk mengambil coklat dalam kuantiti yang sederhana kerana sekiranya ia diambil secara berlebihan ia mungkin akan menambahkan berat badan anda dan meningkatkan kandungan gula dalam darah.

haha.. sekian saje ulasan dr cik puan elta ;p hidupppp coklattt!!