Quote of The Day

Quote Of The Day
~Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (Ali-Imran:8)~

Tuesday, April 12, 2011

Nuh El Hakiim

Hell lowwww people. Wahh…dah lama aku tinggalkan blog ni, lately bizi sket. Bukanla bizi macam business woman tu pun, but bizi la ngan keadaan sekeliling. Hihihi…ni bos takde ni, gi seminar 2 hari (yahh hhoo…) bolehla aku berblog sikit.

Hmm…hari ni aku nak cerita pasal hero kecik aku, Nuh. Dia ni, kalo bab suruh baca buku, memang takde maknela. Ultroman je la pagi petang siang malam. Asal Nampak muka aku je, nak tengok ultromen. Ape muka aku ni dah macam raksakse ke?Habis jugakla bateri BB aku dikerjekan dok tengok youtube ultromen je memanjang. Baju ultromen toksah cakapla, nak pakai baju ultromen je sepanjang masa, sampai nak kena basuh hari hari…lepas tu, dengan sesedap rase je cakap baju ultromen Nuh dah buruk. Dah tu kalo pakai belasah tetiap hari, mane la tak lusuh kan?hai…anak…anak…macam tu la…

Dah 3 bulan dah Nuh berpre-school. Progress tu ok gakla, walaupun fee nye mahal (telan guli!), ku gagahkan jugak menanggung sebab aku tengok silibus sekolah ni lain sikit. Yang paling aku minat sebab ade ‘brain-gym’. Korang tau ke brain gym (BG) tu ape?meh sini aku nak kabor…brain gym tu ialah satu system yang mudah, selamat dan merupakan satu gerakan eksesais (exercise…suke suki je eja kan?!) yang secara langsung akan mengaktifkan fungsi fungsi otak. Pergerakan BG ni akan mereleasekan stress yang mana stress ni la yang menghalang pembelajaran kanak-kanak. BG juga akan memperbaiki tahap konsentrasi dan daya ingatan kanak-kanak dan secara tak langsung memperbaiki task-task spesifik yang diberikan ataupun juga yang berkaitan dengan pencapaian akademik. Budak adeke stress?haa…jangan tak tau, budak-budak pun ade stress tau. Cuba baca di sini…Kids Have Stress Too!!

Kalo nak tahu lebih lanjut pasal brain gym ni, bacalah sendiri kat sini ye…aku tak kuase nak type n nak translatekan panjang-panjang…

oo…berbalik kepada cerita Nuh tadi, yang aku perasan lately dia dah pandai pegang pensel dengan cantiknya. Not a big deal? Eh helloo…kebolehan kanak-kanak memegang pensel tu ade kena mengena dengan keseimbangan otak kanan dan kiri tau. Dengan exercise yang betul, kanak-kanak akan boleh memegang pensel dengan cara yang betul (tanpa tekanan) dan akan menulis dengan cantik…ini semua hasil daripada BG tadi la…exercise tangan…









Nuh juga dah pandai baca Al-fatihah dengan accent pelatnya. Wah…suka nenek dia dengar Nuh baca Al-fatihah. Nuh jugak dah pandai zikir-zikir, baca doa, ade jugak zikir yang Nuh baca yang aku taktau…huhuhu…nak kena la aku search kejap lagi ape yang Nuh dok baca tu. Malu wehhh bila Nuh ajak aku berzikir sama aku melopong je. Azan pun Nuh pandai.

Oo…Nuh juga suka melukis, tuhari dia tunjuk kat aku, dia melukis gambar kapal terbang…ada la rupa kapal terbang jugak sikit sikit. Dan disebabkan keexcitedan ku itu, aku pun suka la nak beli buku lukisan untuk Nuh. Dulu ade beli water colour dengan brush, tapi mane ntah aku letak…sib baikla brand murah. Hahaha…Aku pun ada jugak beli scrabble for Nuh. Scrabble tu pun la…aku suka. Memang maveles la sape yang invented that scrabble. Susun perkataan ikut abjad and ikut warna and ikut pattern. So you will never spell it wrong. Memang permainan terbaik ever la yang pernah aku beli. Ni ha gambar scrabble tu…







Kebolehan semua tu terdidik dari sekolahla…aku memang takda mase la nak ajar itu semua. Lagipun, budak ni…kalu mak bapak yang ajar, tak denye nak dengar..huhuhu…bab tu aku memang frust gak la, ni nak kena cari buku or search internet on how to make your kid listen to what u teach. Sebab dengan parents ni, diorang manja kan, so mengada la…itu yang aku geram tu…

Anyway, itula di antara kelainan tadika Nuh ni dengan tadika yang lain. Aku tau smart reader, kumon, genius aulad tu semuanyer bagus, tapi aku taknakla stresskan budak budak kecil ni dengan homework dan belajar…aku lebih suka kalau ade keseimbangan di antara belajar dan aktiviti lasak kat luar. Siap ade berenangla, bergolekla…hihi…bestnyer…oo…every month akan ade artbook Nuh, nanti aku letak gambar gambar yang Nuh lukis kat sekolah tu ye. Tak bawak pulak gambar tu…

Oklah, ni la dulu pasal Nuh buat masa ni. Nanti aku sambung lagi. Buat ibu bapa yang berminat nak tau ape itu Brain Gym, akan ade workshop untuk parents pasal brain gym ni pada 17 April dan 29 May nanti…u all can contact Tadika Nuri at 03-89255705, cakap dengan Puan Hasanah (principal). Nanti aku akan share ape yang aku belajar kat sana nanti ye. Bye.

2 comments:

Nazimah said...

best jugak brain gym nih. btw, mana gambar2 nyer?

Unknown said...

best tu.. bagus la nuh.. dah pandai baca fatihah.. anak2 aku ni mmmm.. tahun depan kena hantar p ngaji juga la jawabnya..